Belon udara panas terhempas di Melbourne, tujuh pelancong cedera

SYDNEY: Tujuh pelancong cedera selepas belon udara panas yang dinaiki mereka terhempas berhampiran kawasan lapang di bandar selatan Australia, di Melbourne, hari ini.

Polis berkata, pelancong terdiri daripada warga tempatan dan luar negara, dilaporkan terjatuh dari bakul belon ketika jurupandu cuba mendaratkannya berikutan perubahan cuaca tidak dijangka.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberi maklumat mengenai kerakyatan pelancong negara lain itu.

Pemilik belon, Go Wild Balloning merujuk pertanyaan media kepada ketua eksekutif perniagaan, Damien Crock.

“Jurupandu belon yang memiliki lesen penerbangan selama 30 tahun, mengalami perubahan angin tidak disangka dan terpaksa mendarat dalam keadaan sukar,” kata Crock menambah beliau bercakap bagi pihak jurupandu itu.

Sementara itu, perkhidmatan ambulans di negeri tenggara Victoria berkata, pihaknya merawat pelancong yang cedera di bahagian belakang dan leher di lokasi kejadian sebelum menghantar mangsa berusia antara 20 dan 70 tahun ke hospital. -Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *