Bimbang beg tangan dicuri, wanita bertindak masuk mesin pengimbas X-ray

Bimbang beg tangannya mungkin dicuri, seorang wanita bertindak memasuki mesin penimbas X-ray di sebuah stesen kereta api di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China.

Menurut Daily Mail, anggota keselamatan terkejut melihat imej wanita tersebut ketika memantau skrin imbasan X-ray.

Menurut sumber lagi, imej luar biasa itu menunjukkan seorang penumpang wanita dalam keadaan melutut di trek barang denagan memakai kasut tumit tinggi.

Rakaman tersebut turut menyaksikan wanita tersebut memanjat keluar dari mesin X-ray selepas itu.

Dia kemudiannya memeriksa beg tangan dan beg lain kepunyaannya sebelum beredar dari tempat pemeriksaan.

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *