Brooklyn Beckham Ikut Jejak Bapa Buat Tatoo Di Seluruh Badan

Nampaknya anak pemain bola sepak terkenal, David Beckham iaitu Brookly Beckham bakal mengikuti jejak langkah ayahnya yang gemar mengumpul tatu di badan.

Itu terbukti apabila Brooklyn dilihat menunjukkan tatu terbarunya di Instagram, @brooklynbeckham dimana kali ini, Brooklyn membuat tatu ‘1975’ di tangan kanannya.

Namun, sebaik sahaja melihat tatu terbaru Brooklyn itu, pengikutnya mula sedar yang tatu itu sebenarnya dibuat khas untuk ayahnya kerana seperti yang diketahui Beckham lahir pada tahun 1975.

Akan tetapi, itu bukan tatu pertama Brooklyn lakukan untuk menunjukkan penghargaannya kepada Beckham, sebelum ini kekasih Chloe Moretz itu telah membuat dua tatu untuk ayahnya.

Dimana tatu yang pertama adalah ‘Seven’ di pergelangan tangannya yang menunjukkan numbor di belakang Beckham sewaktu masih bersama England dan kelab Manchester United.

Dan, yang kedua pula adalah tatu ‘Buster’ di bahagian atas pusatnya yang mana ‘Buster’ itu merupakan nama panggilan yang Backham berikan kepada Brooklyn sejak dia dilahirkan.

Dengan tatu ‘1975’ itu kini Brooklyn telah memiliki 10 tatu dan itu menunjukkan yang tidak mustahil untuk Brooklyn terus menambah koleksi tatunya sehingga menyamai rekod tatu ayahnya iaitu sebanyak 40 tatu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *