Cara mudah untuk kenali Scammer Online

Pembelian secara atas talian itu memang mudah, menjimatkan masa, dan lebih murah. Namun begitu, menjadi mimpi ngeri bagi sesetangah orang adalah menjadi mangsa penipuan secara atas talian.

Duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank peniaga, tetapi barang yang dibeli tidak sampai dan akhirnya baru menyedari telah menjadi mangsa tipu. Kes melibatkan penipuan secara atas talian atau scammer online ini memang banyak berlaku.

Namun begitu, orang ramai mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila sudah terdapat cara untuk menyemak sama ada penjual terbabit adalah scammer atau tidak.

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu portal yang membolehkan orang awam untuk menyemak nombor akaun bank atau nombor telefon yang dikhuatiri terlibat dengan penipuan atas talian atau scammer.

Menerusi portal itu, orang ramai boleh menyemak akaun bank atau nombor teledon yang pernah dilaporkan terbabit dengan penipuan atau scammer. Sekiranya nombor telefon atau akaun bank terbabit disenarai sebagai scammer ia akan dipaparkan di ruang carian.

Orang awam boleh melayari portal terbabit di semakmule dan masukkan nombot telefon atau nombor akaun.

Selain itu, orang awam juga boleh melayasi laman web scam.my di scam.my

Sekiranya peniaga telah memaparkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran peniagaan atau syarikat anda bolehnya terus menyemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tetapi, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat pembayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama berbeza seperti diiklan oleh penjual. Contohnya jika nama syarikat adalah ‘ABC ENterprise’, sepatutnya nama akaun bank juga adalah ‘ABC Enterprise’.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak jika melakukan urus niaga secara atas talian supaya tidak menjadi mangsa scammer online dengan menyemak dahulu butiran penjual di portal yang telah disediakan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *