Charlie Puth Dan Selena Gomez Rupanya Pernah Jadi Couple

Khabar angin yang tersebar mengenai hubungan rapat diantara Charlie Puth dan Selena Gomez telah mula tersebar sejak tahun 2016 lagi iaitu selepas mereka mengeluarkan lagu kolaborasi bertajuk, ‘We Don’t Talk Anymore’.

Pada waktu itu, Charlie telah menafikan semua khabar angin itu dengan menegaskan yang hubungannya dengan Selena tidak lebih selain daripada rakan duet sahaja.

Namun, baru-baru ini, sewaktu ditemubual dengan Billboard, penyanyi berusia 26 tahun itu mengakui yang dia sebenarnya pernah bercinta dengan Selena dan lagu ‘We Don’t Talk Anymore’ itu pula adalah hasil inspirasi daripada hubungan cintanya dengan Selena.

Meskipun hubungan cinta itu terjalin dalam masa yang singkat tetapi ia cukup untuk memberikan kesan yang besar dan membuatkan Charlie berasa patah hati. Jika tidak pasti tidak akan terhasil lagu ‘We Don’t Talk Anymore’ itu.

Selain itu, Charlie juga turut mendedahkan punca hubungannya dengan Selena tidak panjang dan ia adalah disebabkan oleh Selena sedang memikirkan orang lain pada waktu itu. Walaupun tidak menyebut siapa ‘orang’ itu tapi netizen dapat merasakan yang ia adalah bekas kekasih Selena iaitu Justin Bieber.

Itu kerana, semasa di konsertnya pada tahun lalu, Charlie ada mengutuk Bieber dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang Bieber adalah punca mengapa hubungan Charlie dan Selena terhenti begitu sahaja.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *