DAP akan guna logo PAN di PRU14 jika diharamkan oleh ROS?

Sudah maklum isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang terbaru telah mencetuskan banyak kontroversi. Ini kerana kejayaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juga anaknya yang merangkap sebagai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengekalkan kedudukan mereka mencetuskan pelbagai spekulasi.

Bagaimana seorang yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan salahguna kuasa masih lagi diberi tempat dalam parti Roket itu. Sudah pasti ianya menimbulkan pelbagai persoalan.

Jadi, siasatan yang telus dan terperinci dari pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) amat diharapkan bagi hal ini. ROS kini masih menjalankan sisatan berhubung aduan akar umbi ahli parti Roket itu terhadap pemilihan semula CEC DAP tahun lepas yang dikatakan tidak sah dan tidak mengikut undang-undang.

Sebarang keputusan mengenai status CEC DAP dan kedudukan parti Roket itu masih belum ada lagi. Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim sebelum ini menyatakan status parti Roket itu masih belum diputuskan kerana siasatan masih belum selesai.

Menanti keputusan siasatan isu ini memberi tekanan kepada pemimpin DAP khususnya Kit Siang dan Guan Eng. Mungkinkah ROS akan melakukan kejutan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang tidak lama lagi?

Parti Roket itu perlu bersiap sedia dengan apa sahaja kemungkinan akan berlaku. Hanya DAP sahaja yang tahu samaada mereka menipu atau sebaliknya dalam pemilihan tersebut. Ataupun adakah parti Roket itu akan menggunakan logo Parti Amanah Negara (PAN) di PRU-14 jika diharamkan oleh ROS? Ini kerana parti serpihan PAS itu sememangnya dikenali sebagai parti boneka DAP.

Walau apa pun, ROS sewajarnya memutuskan keputusan segera berhubung status pemilihan semula CEC DAP samaada sah atau sebalikanya kerana aduan daripada 16 perwakilan dan ahli parti Roket itu yang mahukan pemilihan diadakan semula.

Bantahan terhadap pemilihan CEC DAP pada 12 November 2017 itu membabitkan pelbagai isu termasuk kertas undi tidak diletakkan nombor siri dan nama calon, tiada pameran senarai nama calon di media dan proses pengiraan undi dibuat secara tertutup tanpa sebarang pemerhati dan wakil.

Kesimpulannya, bantahan demi bantahan dibuat oleh ahli parti Roket itu sendiri menunjukkan mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan mereka yang memalukan. Inilah sejarah parti Roket itu yang mempunyai pemimpin yang penuh dengan skandal dan penyelewengan. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *