Dirogol 3 lelaki di tandas sekolah, salah seorang dipercayai hidap virus HIV

SEORANG remaja mendedahkan dia dirogol tiga lelaki di tandas di sekolahnya di selatan Florida, Amerika Syarikat (AS) dan salah seorang yang merogolnya dipercayai penghidap virus HIV.

Mangsa berumur 14 tahun yang tidak didedahkan namanya mendakwa, salah seorang penyerang memaksa dia melakukan hubungan seks.

Bercakap kepada saluran WSVN, seorang lagi perogol mendekatinya selepas kisah mengenai serangan pertamanya tersebar di sekolah.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat dakwaan yang mengejut itu, manakala remaja berkenaan diberikan kaunseling.

Ketiga-tiga pelajar lelaki yang didakwa dan mangsa digantung sekolah.

Namun hanya selepas dakwaan mengenai serangan dilaporkan kepada pihak berkuasa sekolah, mangsa dimaklumkan bahawa salah seorang perogol merupakan penghidap virus HIV, manakala seorang lagi dijangkiti penyakit kelamin gonorea.

Ibu mangsa memberitahu, dia tidak pasti sama ada anak perempuannya akan dijangkiti virus itu, tetapi doktor telah mula memberikan ubat.

Seorang jurucakap untuk sekolah daerah berkata: “Pentadbiran daerah sekolah dengan kerjasama Polis Sekolah Miami-Dade akan menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Maklumat mengenai kes diberikan kepada pejabat Peguam Negara termasuk Jabatan Keluarga dan Kanak-Kanak (DCF),” tambah jurucakap itu. – Mirror

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *