‘DOSA’ Jadi Punca Ashraf Sinclair Jadi Kurus Kering

Selepas berkahwin dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair mengambil keputusan untuk menetap di Jakarta dan selepas 10 tahun tidak muncul di televisyen di Malaysia, kini Ashraf kembali mengubati rindu peminatnya.

Namun, itu bukan sahaja berita yang mengembirakan hati peminatnya tetapi ia juga turut dirasai oleh Ashraf kerana selepas 10 tahun dia dapat kembali berkerja sama semua dengna produksi negara kelahirannya, Malaysia.

Ashraf yang bakal muncul dalam siri aksi bertajuk, ‘Dosa’ itu mengakui yang cabaran untuk menyiapkan ‘Dosa’ adalah sangat luar biasa. Sehinggakan pada awalnya, dia berasa sangat tertekan kerana perlu mengingati 22 buah koreografi silat serta perlu handal bermain senjata tajam.

Tapi, atas bimbingan jurulatih silat, Ashraf telah belajar betul-betul sehingga dia kelihat benar-benar mahir dalam bersilat. Malah, disebabkan telah mengunakan banyak kalori, Ashraf kehilangan banyak berat badan serta mengalami kecederaan dibahagian otot kedua-dua belah tangan.

Sehinggakan tangannya bengkak selama dua minggu. Dengar sahaja sudah tahu ia sangat sukar buat Ashraf, tapi tidak mengapa pasti kesakitan itu semua akan hilang selepas mendapati hasil usaha keras Ashraf itu mendatangkan hasil yang baik.

Sementara itu, selain Ashraf beberapa barisan pelakon pelakon hebat dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Singapura juga turut akan membintangi filem Dosa yang akan mula ditayangkan pada 14 Februari ini di saluran Astro First Eksklusif. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *