Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5.9 peratus

Pada suku keempat 2017 lalu, ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.9 peratus. Pertumbuhan ekonomi itu juga adalah antara bukti negara ini berada pada landasan yang betul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan rasa syukur dengan pertumbuhan ekonomi negara ini kerana hasil perancangan rapi dan dasar ekonomi yang kukuh.

Katanya, jumlah keseluruhan peningkatan itu adalah sebanyak 1.7 peratus yang mana pada tempoh yang sama pada tahun 2016 berada pada 4.2 peratus.

“Alhamdulillah, melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi yang kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku keempat 2017.

“Ini menjadikan pertumbuhan keseluruhan bagi 2017 juga 5.9 peratus, berbanding 4.2 peratus pada 2016. Kita di landasan tepat,” katanya.

Penganalisis termasuk Bank Dunia telah membuat unjuran, tetapi ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus pada 2017 melepasi unjuran yang dibuat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat 2017 telah meningkat sebanyak 5.9 peratus, berbanding pada tempoh sama tahun sebelum ini hanya mencatatkan 4.5 peratus.

Bank Negara menjelaskan, petumbuhan ekonomi negara ini berlaku faktor utama adalah kerana permintaan sektor swasta dan juga sokongan secara berterusan daripada sektor luaran.

Selain itu, ia juga dari segi penawaran di mana kesemua sektor ekonomi terus berkembang kecuali perlombongan.

Sebelum ini, Najib menyifatkan 2017 adalah sebagai tahun yang membawa banyak kejayaan bagi Malaysia.

“Ekonomi kita mengatasi semua jangkaan, dengan Bank Dunia menyemak semula unjurannya bagi pertumbuhan kita tahun ini dengan menaikkannya bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – ke paras sangat kukuh pada 5.8 peratus,” katanya.

Malah, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan banyak lagi badan bebas terkemuka dunia memuji pengurusan ekonomi berhemat Kerajaan, dan mengiktiraf daya tahan dan daya saing yang telah dibinanya adalah demi untuk kebaikan rakyat Malaysia.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *