Ellen DeGeneres Beri Penonton RM3.9 Juta

Sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60, pengacara terkenal, Ellen DeGeneres telah membuktikan yang dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyambut hari kelahirannya tahun ini.

Dimana, sewaktu mengacarakan rancangannya, ‘The Ellen DeGeneres Show’ pada minggu lepas, bukan hanya Ellen sahaja yang menerima hadiah tetapi Ellen juga turut memberikan hadiah kepada penoton rancangannya.

Sebagai tanda terima kasih, Ellen yang berkerjasama dengan bijirin sarapan pagi, Cheerios dalam membantu menyebarkan sejuta kebaikan.telah memberikan kejutan pada penonton dengan memberikan mereka sekotak Cherios.

Namun, kejutan yang sebenar bukanlah bijirin Cheerios seperti yang penonton sangkakan tetapi rupanya di dalam kotak bijirin itu terdapat wang tunai bernilai USD 1 juta atau sekitar RM 3.9 juta.

Penonton yang terkejut melihat hadiah itu mula menjerit, malah ada yang mengalirkan air mata kerana terlalu gembira dan terkejut menerima hadiah terlalu berharga itu daripada Ellen.

Menurut Ellen, itu adalah hadiah terbesar yang pernah dia berikan, oleh itu, dia berharap agar penonton akan terus berkongsi kebaikan pada orang lain selepas ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *