Elyana Dituduh Sebagai Kaki Gaduh Dan Dahagakan Perhatian

Selepas mengumumkan yang dia menghidap kanser tahap empat, Elyana sering dihimpit pelbagai kecaman serta kritikan daripada netizen yang tidak henti-henti menyerangnya, menuduh yang dia sengaja mencari publisiti murahan.

Meskipun pernah tampil membidas semula kenyataan ‘haters’  tetapi nampaknya kecaman itu tidak berhenti kerana kali ini, penyanyi ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu terpaksa berhadapan dengan komen yang lebih keterlaluan daripada seorang pengguna di Instagram.

Pengguna yang mengunakan nama @emmaazima dilihat telah meninggalkan komen berbaur makian dengan mengelarkan Elyana sebagai artis suam-suam kuku yang dahagakan perhatian dan sengaja memberitahu mengenai penyakitnya kerana ingin meminta simpati.

Malah, pengguna itu juga turut mengatakan yang Elyana juga bangga menunjukkan yang dia itu adalah kaki gaduh apabila melayan semua kritikan. Walhal Elyana sepatutnya mendekatkan diri dengan Allah dan bukan melayan orang.

Berhubung isu itu, menurut Elyana, dalam banyak-banyak komen yang diterimanya, komen pengguna itu adalah yang paling melukakan hatinya kerana dia tidak tahu apa kesalahannya sehingga perlu menerima komen keterlaluan seperti itu.

Siapa sahaja yang tidak akan berasa malu dan sedih apabila menerima komen biadap dan kurang sensitif seperti itu. Kita yang tidak berada di tempat Elyana pun terasa apabila membaca komen itu, inikan pula Elyana.

Harap Elyana tabah berhadapan dengan ‘kritikan’ dari netizen yang tidak sedar yang diri mereka itu juga mencari publisiti murahan dengan cara meninggalkan kritikan seperti itu di Instagram selebriti.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *