Enam orang ditikam dalam siri serangan tanpa provokasi di Paris

PARIS: Seorang lelaki menikam enam orang dalam siri serangan tanpa provokasi di utara ibu kota ini malam semalam sebelum ditahan polis dalam keadaan mabuk.

Sumber keselamatan memaklumkan AFP, kejadian amuk itu berlaku sekitar jam 11 malam waktu tempatan di kawasan terkenal dengan banyak insiden jenayah jalanan dan gelandangan di utara stesen kereta api Gare du Nord di 18th district.

Mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital namun kecederaan tidak mengancam nyawa, kata sumber polis kepada AFP mengesahkan laporan dalam akhbar Parisien.

“Penyerang ditahan dua jam kemudian di kejiranan 10th district dan amat mabuk,” menurut sumber polis mengatakan pisau ditemui berhampiran.

Paris masih dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi selepas siri serangan pelampau Islam dua tahun lalu, namun tiada kaitan keganasan dengan insiden malam semalam. -AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *