Erra Fazira Cari Kebahagiaan Di Usia 44 Tahun

Nama Erra Fazira bukanlah sesuatu yang asing dalam industri hiburan tanah air kerana selain menyanyi bakat lakonan Erra mula terserlah selepas membintangi drama ‘Sembilu’, ‘Maria Mariana’ bersama Dato Awie dan juga Ziana Zain.

Meskipun bergelar primadona filem Malayu tetapi perjalanan kisah peribadi bekas Ratu Cantik Malaysia ini ternyata tidak semudah yang disangkakan. Selepas perkahwinannya bersama Engku Imran berakhir pada tahun 2014 lalu, peminat mula tertanya-tanya tiadakah jejaka yang telah berjaya menawan hati Erra.

Tambahan pula, terdapat khabar angin yang mengatakan Erra bakal berkahwin dengan bekas pelajar Akademi Fantasia, Shahir. Namun ibu kepada Engku Aleesya itu dengan tenang menjawab yang itu semua ketentuan Allah SWT dan dia serahkan soal jodohnya itu pada Allah SWT.

Selain bakal muncul dalam drama ‘Gerak Khas’ dan filem ‘Polis Evo 2’, Erra juga mengatakan yang dia kini lebih ingin memberikan tumpuan pada perniagaannya, Rara by Erra Fazira. Jelas Erra, disebabkan oleh keadaan ekonomi yang gawat jadi, dia perlu memikirkan jalan untuk menghasilkan pendapatan.

Oleh itu, selain menjadi seorang selebriti kini Erra juga bergelar seorang usahawan yang telah pun terlibat dalam perniagaan Rara Cookies, Rara Lens serta beberapa lagi produk yang akan dikeluarkan.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar untuk Erra Fazira, usia hanyalah sekadar nombor dan tidak menentukan apa-apa. Cepat atau lambat, bahagia itu bergantung kepada kepuasan diri sendiri. Good luck diucapkan buat Erra~ –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *