Farid Kamil Digelar Anak Manja Selepas ‘Petik’ Nama Kawan

Disaat semua netizen tertanya-tanya mengapa Datuk Farid Kamil membuat laporan polis mengenai kawan baiknya, Sofi Jikan serta dua orang lagi rakan artis atas dakwaan mereka telah menganiayanya, persoalan yang sama juga turut melanda Sofi Jikan sendiri.

Selepas dibebaskan daripada tahanan reman, pelakon ‘KL Gangster’ itu pernah mengatakan yang dia sendiri tidak tahu punca sebenar Farid berbuat begitu dan meskipun masih belum menerima panggilan daripada Farid tetapi Sofi tetap memilih untuk bersangka baik pada kawannya itu.

Namun, disebabkan oleh tindakannya itu, ramai netizen telah melahirkan rasa kecewa dan marah mereka pada Farid kerana ‘memetik’ nama kawan baiknya sendiri dengan mengatakan Farid telah menikam kawan daripada belakang.

Malah, ada juga netizen yang mengelarkan Farid sebagai ‘anak manja’ sebab membabitkan kawan sendiri selepas kantoi dan terlibat dalam masalah yang dia lakukan sendiri. Terdahulu, Farid ditahan polis kerana berkelakuan ganas kepada anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Damansara serta didapati positif dadah jenis ganja.

Persoalan itu bertambah apabila Farid dilihat ‘likes’ gambar dan video penahanan Sofi sewaktu dia ditahan reman seolah-olah seperti penahanan itu tiada kaitan dengannya. Buat masa ini kita hanya boleh fikir positif yang semua itu berlaku pasti bersebab.

Akan tetapi, Farid masih berdiam diri berhubung isu itu dan harap persoalan semua akan terjawab seiring dengan perkembangan isu ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *