Fatin Afeefa Nafi Bomohkan Bekas Suami

Sebelum ini pelakon, Adam Shahz ada mendedahkan yang pernah dibomohkan oleh bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa selepas rahsia kecurangannya diketahui dan meminta supaya Fatin tidak berpura-pura yang kononnya dia itu adalah mangsa keadaan.

Hari ini, pelakon ‘Tentang Bulan’ itu pula tampil menafikan dakwaan Adam itu dengan mengajukan semula soalan kepada bekas suaminya itu siapakah wanita yang cuba dia maksudkan itu.

Itu kerana, menurut Fatin, dia tidak pernah melakukan perbuatan syirik seperti itu jadi dia menginginkan kepastian mengapa Adam membuat tuduhan seperti itu kepadanya. Sedangkan dia tinggal di Subang dan tidak kenal mana-mana bomoh.

Tambahan pula, dia kini sibuk menguruskan kerjanya dan tidak pasti kepada siapa Adam tujukan kenyataan itu.

Namun berdasarkan laporan akhbar tempatan, Adam mengatakan yang segala dakwaan yang dibuatnya itu adalah berdasarkan bukti kukuh salah satunya adalah bahan sihir yang ditemui dalam kereta sewaktu mereka masih bergelar suami isteri.  Oleh itu, Adam tidak takut jika Fatin ingin mengambil tindakan.

Malah, Adam juga turut menafikan tuduhan Fatin yang mengatakan dia telah menganggu bekas isteri bekas isterinya itu dengan menganggap tuduhan seperti itu sebagai keterlaluan dan mengaibkan dirinya dan juga keluarga.

Nampaknya seperti yang dijangkan isu ini akan menjadi semakin besar dengan pelbagai kenyataan media dikeluarkan, dan akhirnya akan menjadi lebih bertambah keruh. Perkara peribadi seperti ini sepatutnya diselesaikan secara dalaman sahaja tanpa melibatkan media. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *