Fazura Kagum Dengan Sifat Penyabar Fattah Amin

Memasuki bulan ketiga perkahwinannya, pelakon terkenal, Nur Fazura mengatakan yang sepanjang tempoh perkahwinannya itu apa yang paling membuat dia berasa kagum adalah sikap penyabar yang dimiliki oleh suaminya, Fattah Amin.

Malah, menurut Fazura, Fattah bukan sahaja penyabar tetapi juga adalah seorang suami yang sentiasa memberikan sokongan dan bukan tekanan padanya dan itu membuatkan dia sangat menyukai sikap suaminya itu.

Meskipun memasuki alam perkahwinan sebelum bercinta tetapi Fazura mengatakan yang rumah tangga mereka masih berada dalam keadaan baik dan mereka juga masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Bercakap mengenai alam perkahwinan, Fazura juga turut tampil memberi penjelasan mengenai isu namanya dan Fattah tidak tercalon dalam kategori Couple MeleTop di Anugerah MeleTop Era yang akan berlangsung pada bulan April depan.

Dengan mengatakan yang peminat tidak perlu risau kerana dia dan juga Fattah tidak berasa terkilan dan tidak kisah jika nama mereka tidak tercalon kerana itu hanyalah satu isu remeh. Bagi Fazura, dia lebih ingin memberi tumpuan untuk memperbaiki mutu lakonan dan peningkatan kerjayanya sahaja.

Tidak mengapa Anugerah MeleTop untuk tahun hadapan pasti Fazura dan Fattah Amin akan tercalon dan waktu itu peminat #Fattuzura pasti akan membuatkan anugerah itu menjadi milik pasangan kesayangan mereka. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *