Fazura Kongsi Pengalaman Terjumpa Pontianak Di Pasir Salak

Baru-baru ini pelakon cantik manis, Nur Fazura telah berkongsi pengalamannya ‘ternampak’ puntianak sewaktu berada di set penggambaran filem ‘The Legend of Pontianak’ yang sedang dilakonkannya sekarang.

Menurut Fazura, pengalaman ternampak ‘makhluk’ yang memakai pakaian yang sama sepertinya sewaktu sedang makan bersama kru yang lain itu adalah satu yang menakutkan buatnya tambahan pula itu adalah pengalaman pertama untuknya.

Malah, pelakon lelaki yang turut membintangi filem itu iaitu Remy Ishak juga turut mengalami pengalaman yang sama seperti Fazura.

Menerusi akaun Twitter-nya, pelakon ‘Nur Kasih’ itu mendedahkan yang dia telah dihantui oleh ‘kelibat’ makhluk halus itu ketika berada di set penggambaran filem tersebut.

Dengan mengatakan yang skrip filem itu telah merosakkan hidupnya kerana sekarang ini disemua tempat dia ternampak kelibat makhluk itu.

Nampaknya set penggambaran filem ‘The Lagend of Puntianak’ di Pasir Salak, Perak itu benar-benar berhantu. Mungkin ada kemungkinan hantu sebenar itu akan turut sama muncul dalam filem ‘The Legend of Puntianak.  Tidak sabar pula tunggu filem itu siap. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *