Filem Animasi Super Mario Bros Bakal Dihasilkan

Berita gembira buat peminat permainan Super Mario Bros yang merindui permainan itu kerana Illumination Entertainment baru sahaja mencapai persetujuan dengan Nintendo untuk menghasilkan filem animasi mengenai Mario dan juga Luigi.

Berita gembira itu secara tidak langsungnya telah diumumkan oleh Nintendo apabila memuat naik satu status mengenai isu itu di akaun rasmi Twitter mereka.

Bagi yang tidak ketahui, Miyamoto adalah pencipta Mario dan pelbagai lagi permainan video Nintendo. Sementara, Melendandri pula adalah pemilik Illumination Entertainment bersama dengan Universal Studio.

Manakala, Ilumination Entertainment pula telah menghasilkan banyak filem animasi di dunia seperti Despicable Me, Minions dan The Secret Life of Pets.

Sementara itu, Super Mario Bros mempunyai permainan yang telah terjual lebih daripada 330 juta unit. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *