Filem Black Panther Dikatakan Lebih Hebat Dari Wonder Woman?

Satu lagi filem ‘superhero’ terbaru daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Filem berjudul ‘Black Panther’ itu dikatakan satu lagi karya terhebat MCU yang pasti tidak akan mengecewakan peminat Marvel kerana ia akan dipenuhi dengan pelbagai aksi, drama serta konflik yang sangat mencabar.

Malah, filem arahan pengarah terkenal, Ryan Coogler itu juga dikatakan akan menampilkan kisah ‘superhero’ yang sangat berbeza daripada filem-filem ‘superhero’ MCU yang sebelum ini.

Bagi yang tidak ketahui, watak Black Panther muncul buat pertama kali dalam filem MCU adalah di dalam filem ‘Captain America: Civil War’.

Meskipun tidak banyak adegen tetapi ia cukup untuk memberikan gambaran pada penonton mengenai karakter, kekuatan serta personality yang dimiliki oleh T’challa atau Black Panther sebagai raja di Wakanda.

Manakala, filem ‘Black Panther’ ini akan kembali menceritakan mengenai kehidupan Black Panther selepas kematian bapanya sewaktu dalam Civil War dimana sebagai raja baru, Black Panther nekad ingin menukar Wakanda menjadi sebuah negara yang aman.

Akan tetapi, sudah pastinya itu bukan perkara yang mudah kerana selepas berlaku kes rompakan di muzium vibranium, Black Panther terpaksa menjejaki pengganas bernama Ulysses Klaue dan disitu konflik Black Panther bermula.

Selain sebuah filem ‘superhero’, Black Panther juga merupakan filem yang penuh dengan mesej politik yang disampaikan penuh bergaya dimana ia mengutamakan kesusahan masyarakat berkulit hitam.

Pasti itu semua sudah cukup untuk membuatkan peminat setia ‘superhero’ Marvel berasa teruja untuk menonton filem ‘Black Panther’ pada 13 Februari ini dipawagam. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *