Filem ‘Jumanji 2’ Sudah Setaraf Dengan Filem ‘Titanic’

Bukan sesuatu yang mudah untuk sebuah filem yang dihasilkan semula atau ‘remake’ dapat mengatasi atau menandingi filem asal kerana pasti akan ada sahaja individu yang akan membandingkan filem versi baru dengan versi lama.

Akan tetapi, itu semua tidak terjadi kepada filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ kerana meskipun ramai orang menjangkakan filem itu akan gagal jika dibandingkan dengan filem asalnya, Jumanji (1995) lakonan mendiang Robin Williams ternyata tanggapan itu sama sekali tidak benar.

Walaupun ditayangkan serentak dengan filem blockbuster seperti ‘Star Wars: The Last Jedi’ tetapi filem Jumanji masih tetap gagah menguasai carta box-office di beberapa negara termasuklah Malaysia. Malah, filem baru seperti ‘Maze Runner: The Death Cure’ juga gagal menandingi kedudukan filem Jumanji.

Ini kerana, sejak ditayangkan pada bulan Disember tahun lepas sehingga minggu pertama bulan Febuari ini, filem Jumanji masih gah menduduki kedudukan nombor satu di carta box-office Amerika Utara.

Malah, pencapaian itu juga sebenarnya telah setaraf dengan pencapaian yang diperolehi oleh filem Titanic 20 tahun yang lalu. Yang pastinya, itu adalah berita yang mengembirakan bintang utama filem itu iaitu Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

Setakat ini, ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ telah mengutip keuntungan sebanyak AS$352 juta di Amerika Utara dan AS$505 juta di pasaran antarabangsa dan itu membuatkan kutipan keseluruhan filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ adalah AS$857 juta. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *