Filem ‘Psychokinesis’ Takluki Carta Box Office

Menurut data Agensi Perfileman Korea (KOFIC) dalam tempoh 2 sehingga 4 Febuari 2018, filem ‘Psychokinesis’ telah berjaya menduduki kedudukan teratas carta ‘box-office’ Korea Selatan dengan jumlah penonton seramai 471, 776 dan keuntungan mencecah USD3.6 juta (RM 14.2 juta).

Filem arahan Yeon Sang Ho yang dikeluarkan pada 31 Januari lalu di lebih seribu panggung wayang itu telah berjaya mengumpul penonton seramai 847,014 orang dengan jumlah keuntungan sebanyak USD5.87 juta (RM23.2 juta).

‘Psychokinesis’ adalah filem genre ‘black-comedy’ yang menceritakan mengenai Seok Hun seorang pengawal keselamatan bank yang mendapat ‘superpower’ selepas meminum air daripada gunung. Dimana, dia secara tiba-tiba boleh mengerakan benda hanya dengan mengunakan kuasa fikiran sahaja.

Seok kemudian memutuskan untuk mengunakan kuasanya itu membantu masyarakat sekeliling dan anaknya tetapi malangnya kuasa itu telah membuatkan Seok sentiasa terperangkap dalam pelbagai masalah.

Selain keunikan jalan ceritanya, filem ‘Psychokinesis’ juga turut dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon terhebat Korea Selatan seperti Ryu Seung Ryong, Shing Eun Kyung dan Jung Yumi.

Sementara itu, dikedudukan kedua pula masih seperti minggu lalu dimiliki oleh filem ‘Keys of Heart’ lakonan Lee Byun Hun dengan kutipan keuntungan sebanyak USD20.69 juta dan diikuti oleh filem animasi muzikal bertajuk ‘COCO’ dengan kutipan sebanyak USD2.08 juta.

Senarai penuh 10 filem yang berjaya menduduki carta ‘box-office’ Korea Selatan menurut KOFIC:

  1. Psychokinesis – 471,776 penonton
  2. Keys of the Heart – 441,020 penonton
  3. COCO – 277, 427 penonton
  4. Insidious: The Last Key -212,115 penonton
  5. Along with the Gods: The Two Worlds – 125, 012 penonton
  6. Maze Runner: The Death Cure – 105, 755 penonton
  7. 12 Strong – 86,015 penonton
  8. 1987: When the Day Comes -62,496 penonton
  9. Maya the Bee: The Honey Games – 46,168 penonton
  10. All the Money in the World – 26,943 penonton

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *