Gambar PM Najib jadi modal Tokong untuk selamatkan diri

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan projek mega pembinaan terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri Lim Guan Eng merupakan satu pembaziran duit rakyat.

Kenyataan Perdana Menteri itu membuat Guan Eng ‘panas’ hingga menyebabkan sekeping gambar lama Perdana Menteri menjadi modal Setiausaha Agung DAP itu untuk menyelamatkan dirinya berhubung isu projek mega DAP berkenaan.

Inilah sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sering menggunakan taktik licik untuk menutup kelemahan pentadbirannya. Sudah maklum skandal projek terowong dasar laut itu berlaku di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Kini, DAP mahu mencari salah orang lain. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang sanggup membuat tuduhan tidak bertanggungjawab apabila mendakwa Barisan Nasional (BN) cuba mensabotaj projek mega yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu.

Terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempersoal pula kehadiran Najib semasa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding) (MoU) bagi projek terowong dasar laut pada 28 April 2011.

Untuk maklum, kehadiran Najib pada majlis tersebut atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri bagi menghormati kehadiran Perdana Menteri dari China iaitu Wen Jiabo yang turut sama hadir. Mungkin juga kehadiran Najib adalah untuk menyantuni jemputan Guan Eng.

Tidak mustahil jika Najib tidak hadir pada majlis tersebut, sudah pasti Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuduh Najib tidak menghormati kehadiran Wen Jiabo dan tidak memberi sokongan terhadap projek yang digembar-gemburkan kononnya akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Selain itu, kemungkinan besar juga semasa itu Najib tidak diberi gambaran jelas dan lengkap oleh Guan Eng mahupun dari pejabat Ketua Menteri dan tidak mengetahui secara terperinci mengenai transaksi berkenaan adalah tinggi.

Memandangkan ianya hanya majlis menandatangani MoU sahaja. MoU hanya mengandungi intipati atau perkara pokok atau utama sahaja (salient points). Ini kerana MoU berbeza dengan perjanjian.

Ianya hanyalah suatu bentuk pernyataan bertulis mengenai persetujuan dan hasrat pihak-pihak yang terbabit untuk bekerjasama tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan diantara mereka.

Mungkin juga Najib tidak ragu dengan kemampuan Consortium Zenith Sdn Bhd yang akan menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn Bhd dan dua kumpulan syarikat pembinaan gergasi dari China iaitu China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group.

Namun bagaimanapun, kedua-dua syarikat gergasi dari China itu kini tidak terbabit lagi dalam projek mega DAP berkenaan. Timbul juga tanda tanya, adakah semasa itu Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar-benar ikhlas menjemput Najib tanpa ada muslihat tertentu untuk menjerat Perdana Menteri itu di masa hadapan?

Sekiranya benar-benar ikhlas tanpa ada muslihat tertentu, sudah pasti Ketua Menteri Pulau Pinang itu mahupun pejabat Ketua Menteri, bukan sahaja memberitahu kandungan MoU tersebut malah akan turut memaklumkan juga mengenai senario sebenar projek mega DAP berkenaan.

Antaranya:

1 – Bahawa kos keseluruhan projek tersebut dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pihak Konsortium.

2 – Bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak melaksanakan proses tender terbuka kerana telah meminta Konsortium yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain;

3 – Bahawa kos bagi kajian kebolehlaksanaan PTDL sahaja mencecah RM305 juta;

4 – Bahawa kajian ini tidak perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada pihak Konsortium;

5 – Bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan membayar terlebih dahulu sejumlah besar bayaran kajian kebolehlaksanaan PTDL walaupun projek belum siap (RM220 telah pun dibayar);

6 – Bahawa tidak perlu menyiap dan menghantar kajian kebolehlaksanaan PTDL kepada Kementerian Kerja Raya dengan alasan jangkaan pelaksanaan PTDL masih lambat;

7 – Bahawa pihak Konsortium bukan sahaja akan dibayar untuk kerja-kerja pembinaan malah bila siap nanti boleh mengutip tol selama 30 tahun;

8 – Bahawa pihak Konsortium boleh menjana untung RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol;

9 – Bahawa penilaian terhadap harga 110 ekar tanah ‘prime’ di Gurney Drive tersebut tidak mengambil kira potensi kenaikan berlipat kali ganda nilai atau harga tanah tersebut pada masa hadapan;

10 – Bahawa kos PTDL ini boleh berubah-ubah di masa hadapan (sekarang kos pembinaan 3 jalan melonjak dan kos PTDL pula telah dikurangkan).

Sekiranya diberitahu kesemua senario ini sudah pasti pada awal-awal lagi Najib akan membantah projek mega DAP berkenaan. Meskipun tujuh tahun lalu Najib menyaksikan majlis tandatangan MoU berkenaan tetapi selepas satu persatu skandal projek terowong dasar laut itu terdedah danmenjadi kontroversi.

Jadi, sememangnya patut pun Najib menegur bahawa projek terowong dasar laut itu adalah satu pembaziran. Kesimpulannnya, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang ini menunjukkan betapa terdesak beliau hinggakan gambar lama pun cuba dimanipulasikan untuk menyembunyikan kelemahan sendiri.

Selepas ini, tidak perlu lagi Perdana Menteri menghadiri dalam mana-mana majlis anjuran parti Roket itu bagi mengelakkan fitnah seperti ini dari berulang. Sudah menjadi kebiasaan parti itu cuba meletakkan kesalahan mereka kepada pihak lain. Inilah tindakan tidak bertanggungjawab parti Roket itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *