Gandingan Awie Dan Erra Dianggap Paling Style

Meksipun mempunyai ‘sejarah’ sebelum ini, tetapi Datuk Awie dan Erra Fazira masih boleh menjadi kawan baik. Selain kembali berlakon bersama, baru-baru ini, gandingan sensasi itu telah diundang untuk menjadi pengacara rancangan MeleTop bagi mengantikan Nabil dan juga Neelofa.

Kemunculan pasangan yang paling dirindui dan dinantikan itu ternyata telah berjaya membuatkan penonton berasa teruja. Malah, disebabkan oleh keserasian serta aksi menghiburkan mereka sewaktu mengacarakan rancangan MeleTop itu juga netizen telah menganggap Awie dan Erra adalah gandingan yang paling ‘style’.

Namun, tidak semua netizen sependapat kerana terdapat juga segelintir netizen yang sudah terbiasa dengan gaya pengacaraan Nabil dan juga Neelofa berasa kurang boleh menerima apabila Awie dan Erra mengacarakan rancangan MeleTop itu.

Tapi, lain orang lain caranya kan, masing-masing mempunyai gaya mereka yang tersendiri untuk mengacara sesebuah rancangan. Apa yang penting sekali adalah rancangan itu tidak berasa hambar dan penonton ‘enjoy’ menonton rancangan itu. Itu sudah cukup. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *