Gara-Gara Video ‘Terbang’, Hairul Azreen Mohon Maaf

Baru sahaja reda mengenai video tembak mengunakan senapang patah tanpa lesen yang viral di media sosial beberapa minggu lepas, kini,  Hairul Azreen sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila video ‘terbang’ di atas tangga bergerak pula tersebar di media sosial.

Tindakan yang boleh dikatakan sebagai berani mati itu telah menimbulkan rasa tidak senang netizen sehinggakan ramai mengecam Hairul kerana selain membahayakan nyawanya, perbuatan seperti itu turut boleh membahayakan nyawa orang awam.

Malah, terdapat juga netizen yang mengelarkan perangai Hairul itu sebagai ‘rempit’ kerana suka melakukan perkara yang membahayakan nyawa.

Sedar akan kesilapannya itu, Hairul tampil membuat permohonan maaf dengan mengatakan yang perbuatan itu berlaku secara spontan. Oleh sebab dia adalah pelakon lagak ngeri, jadi dia terlupa dan galak untuk melakukan aksi seperti itu.

Namun, Hairul mengakui yang itu adalah satu kesilapan yang akan mematangkan dirinya. Akan tetapi, menurut Hairul, video aksi itu sebenarnya adalah video lama dan ia telah menjadi tular semula di media sosial.

Meskipun video lama tapi mungkin sebab aksi itu merbahaya jadi sebab itu video itu menjadi tular semula di media sosial kerana sekarang ini terlalu banyak kejadian yang melibatkan escalator berlaku. Oleh itu, netizen bimbang jika perbuatan seperti itu menjadi ikutan golongan muda.

Harap perbuatan berani seperti itu tidak berlaku lagi selepas ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *