Guan Eng semakin terbelit dengan pendedahan CRCC

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat semakin terbelit dengan pendedahan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) yang mengesahkan bahawa mereka tidak pernah pun menjadi pemegang saham dalam syarikat kenderaan kegunaan khas (SPV) berkaitan projek mega pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sekali lagi menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk menjelaskan dan mengemukakan dokumen bukti bagaimana syarikat fesyen tempatan, Voir Holding menjadi pemegang saham terbesar dalam projek mega DAP berkenaan.

Malah, Timbalan Presiden MCA itu juga turut mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu yang mengakui CRCC dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) tidak dilantik sebagai SPV dan memberi projek mega DAP berkenaan kepada syarikat berusia 82 hari dengan bayaran modal hanya RM300,000 pada ketika itu.

“Guan Eng juga perlu memberitahu berapa banyak bayaran yang telah diberikan kepada CRCC sejak kontrak ditandatangani pada Oktober 2013 dan apakah peranan sebenar CRCC di dalam projek mega ini selama lima tahun lalu, setelah kontrak ditandatangani,” katanya.

Pemimpin MCA itu juga menyelar sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang terus dengan sikap tidak bertanggungjawabnya yang tidak mahu mengakui kesilapan dan terus berbohong berhubung CRCC menjadi pemegang saham dalam projek yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu.

“Saya terkejut, dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada Rabu, Guan Eng berkata kontrak yang ditandatangani oleh CRCC itu tidak penting dan beliau tidak akan memperjelaskan mengenai isu tersebut.

“Bila saja anda (Guan Eng) mula memberikan alasan putar belit dan tidak tahu malu seperti itu, maka tiada perkara lagi untuk berhujah,” katanya.

Beliau juga berkata, rakyat khususnya rakyat Pulau Pinang mempunyai hak untuk mengetahui sama ada SPV masih memenuhi modal berbayar minimum RM381 juta untuk memenuhi syarat untuk tender.

“”Tanpa kedua-dua syarikat China sebagai pemegang saham, rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui sama ada SPV masih memenuhi modal berbayar minimum RM381 juta untuk memenuhi syarat untuk tender,” tegasnya.

Jika diimbas kembali pada awal tahun 2013, ramai pihak mempertikai pemberian projek bernilai RM6.3 bilion itu kepada syarikat konsesi SPV yang disenaraikan sebagai sebuah syarikat di bawah modal.

Namun Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Guan Eng cuba meyakinkan orang ramai dengan mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa dua syarikat gergasi dari China itu merupakan pemegang saham terbesar dengan modal berbayar RM4.6 bilion.

Bagaimanapun, segalanya terbongkar dan jelas ia hanya taktik Kerajaan DAP Pulau Pinang apabila Ka Siong mendedahkan bahawa hasil daripada pemeriksaan pihaknya mendapati kedua syarikat gergasi dari China tersebut tiada lagi dalam senarai pemegang saham SPV, manakala 39 peratus saham lagi dipegang individu lain.

Baru-baru ini, CRCC telah mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi pemegang saham dalam SPV berkaitan projek mega DAP berkenaan.

Bermakna CRCC tiada saham dalam syarikat SPV, Zenith Contruction S.Bhd, malah tidak juga terlibat secara langsung dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk projek mega DAP berkenaan.

“CRCC tidak memberi kelulusan dan tidak faham mengapa Kerajaan Pulau Pinang telah menganggap mereka sebagai pemegang saham SPV untuk projek terowong bawah tanah dan tiga projek jalan utama.

“CRCC hanya menandatangani “pengakuan komitmen” sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian da tiga projek jalan raya dan CRCC akan menyerahkan projek itu kepada pihak yang diberikan mana-mana bahagian projek oleh SPV,” kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Walau apa-apa pun, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu sebenarnya sudah terperangkap dan semakin terbelit dengan penipuan sendiri! –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *