Guan Eng semakin terbelit dengan penipuan sendiri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin terbelit dengan penipuan sendiri berhubung isu projek mega pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuhraya yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Ini dapat dilihat selepas China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah pun menjadi pemegang saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu.

Bermakna CRCC tiada saham dalam syarikat SPV, Zenith Contruction S.Bhd, malah tidak juga terlibat secara langsung dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk projek mega DAP berkenaan.

Jadi, kenyataan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering menguar-uarkan bahawa projek terowong dasar laut itu disokong modal berbayar berjumlah RM4.5 bilion sememangnya tidak boleh digunapakai lagi.

Ini kerana kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan menamakan CRCC sebagai salah satu pemegang saham. Isu projek mega DAP yang telah mencetuskan pelbagai kontroversi ini terus memberi tekanan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Semalam, Guan Eng membuat satu sidang media bagi menepis dakwaan konsortium SPV tidak menepati syarat RM381 juta sebagai modal berbayar ketika kontrak tersebut diberikan.

Bagaimana Guan Eng mahu menafikan memandangkan fakta sekarang adalah Beijing Urban Construction Group (BUCG) menarik diri sebagai pemegang saham konsortium SPV dan CRCC pula tidak pernah dilantik sebagai pemegang saham.

Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatannya itu yang dikenali kerana sering putar belit banyak perkara cuba berdalih dengan memberi alasan CRCC adalah sebuah syarikat kontraktor besar. Besar macam mana sekalipun kontraktor itu, projek tersebut akan terabai jika pemegang saham iaitu konsortium SPV tidak boleh membayar kerja yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga cuba mengalih isu itu dengan menuduh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyalahgunakan kuasa untuk mensabotaj projek mega DAP berkenaan dan juga menuduh Tiong Lai sebagai jurucakap CRCC.

Untuk menjawab tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak susah pun. Boleh sahaja minta wakil CRCC mengeluarkan penafian atau arahkan CRCC untuk mendakwa dan menyaman Tiong Lai kerana memfitnah Kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya apa yang dikatakan pemimpin MCA itu adalah tidak benar.

Walau apa-apa pun, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu sebenarnya sudah terperangkap dan semakin terbelit dengan penipuan sendiri! –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *