Hangus RM 30’000 gara-gara ditipu ‘bakal Tunang’

Pelbagai cara yang sanggup dilakukan oleh sesetengah individu untuk mendapatkan duit dengan cara mudah. Kali ini, seorang lelaki terpaksa berputih mata kerugian RM30,00 kerana telah menjadi mangsa tipu ‘bakal tunang’.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muzaffar, 32, telah menghasrat mahu mengakhiri zaman bujang dengan teman wanita yang dikenali selama hampir empat tahun.

Namun begitu, dia tidak menyangka teman wanita yang menunjukkan sifat baik, alim serta lemah lembut itu sanggup untuk menipunya. Mangsa tinggal di Jempol, Negeri Sembilan dan sering menghubungi teman waniatnya itu melalui telefon bimbit dan mesej di aplikasi WhatsApp.

“Permulaan perkenalan saya dengan dia bermula pada 2014. Dia tidak bekerja dan hanya menetap di rumahnya di Kampung Demit, Kubang Kerian.

“Sifatnya yang alim dan sering memberi peringatan mengenai solat, manja dan lemah lembut membuatkan saya akhirnya jatuh hati kepadanya,” katanya.

Muzaffar mendedahkan sepanjang awal perkenalan dengan teman wanita itu lagi, wanita itu sering meminta pertolongan dari segi kewangan. Wanita itu menjadikan alasan sebagai tidak bekerja tidak mempunyai wang untuk memberi barang keperluan.

Disebabkan sayang, Muzaffar memasukkan wang kepada teman wanita itu secara berterus tanpa mengasyaki apa-apa sehinggalah jumlah keseluruhan mencecah RM30,000.

“Kerana sayang dan percaya, saya turutkan kehendaknya. Saya masukkan duit dalam akaun milik rakannya secara berperingkat sehingga jumlahnya mencecah RM30,000.

“Saya tak pernah sangsi dan ragu yang dia akan menipu serta mempermainkan perasaan saya,” katanya.

Teman wanitanya mendakwa dia tidak mempunyai akaun bank dan menyuruh mangsa memasukkan wang ke akaun rakannya. Namun pada 2016, teman wanitanya telah mendapat pekerjaan sebagai pembantu taska di Bangi dan mangsa telah bertemu dengan teman wanitanya itu.

“Sehinggalah pada 2016, dia akhirnya bekerja sebagai pembantu taska di Bangi dan saya ada bertemu dengannya sekali di tempat kerjanya.

“Kemudian kami setuju mengikat tali pertunangan dan saya menghantar rombongan meminang wanita idaman saya itu,” katanya.

Menurut Muzaffar mereka telah menetapkan tarikh 2 Januari sebagai majlis merisik dan bertunang dan mula memasukan wang sebanyak RM3,000 secara berperingkat-peringkat kepada teman wanitanya itu sebagai persiapan majlis tunang dan risik terbabit.

Tetapi, apabila tiba di hari yang dinanti-nantikan Jumaat lalu, ketika Muzaffar dalam perjalanan ke kampung teman wanitanya, teman wanitanya gagal untuk dihubungi.

“Selepas diselidik mengenai teman wanita saya itu, penduduk, imam dan ketua kampung akui tidak pernah mengenalinya malah keluarganya juga.

“Puas saya berusaha sehinggalah hari semakin gelap dan melihat saya dalam keadaan buntu, penghulu di kawasan itu tawarkan kami tinggal di rumah tumpangan berdekatan,” katanya.

Muzaffar memaklumkan dia sangat terkilan dengan perkara yang berlaku kepadanya itu. Hubungan cinta yang terjalin selama empat tahun dengan teman wanitanya itu telah dikhianati.

Apapun, dinasihatkan para lelaki janganlah terlalu mudah percaya dan memasukkan wang kepada teman wanita walaupun demi cinta. Selidiklah terlebih dahulu latar belakang teman wanita sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *