Hanya tinggal kepala, tubuh pemburu dibaham singa

CAPE TOWN – AFRIKA SELATAN . Seorang pemburu singa dibaham sampai mati dan hanya tinggal kepala ketika mangsa memburu di kawasan rizab persendirian di Afrika Selatan.

Lelaki terbabit turut menjerit meminta tolong ketika kejadian di Rizab Alam Semula Jadi Ingwelala di Hoedspruit luar Phalaborwa.

“Kami terdengar jeritan lelaki itu. Bunyi tembakan berjaya menghalau kumpulan singa terbabit, namun sudah terlambat. Seluruh tubuhnya telah dibaham,” kata salah seorang pekerja di kawasan rizab berhampiran.

Sementara itu, jurucakap polis, Moatshe Ngoepe berkata, mereka sedang melakukan proses untuk mengenal pasti identiti lelaki tersebut yang tidak membawa sebarang dokumen peribadi.

“Kami percaya mangsa adalah pemburu berdasarkan selaras senapang yang ditemui di lokasi kejadian,” ujarnya.

Difahamkan, singa menjadi buruan kerana nilainya yang tinggi di Timur Jauh di mana tulang haiwan itu boleh mencecah sehingga 7,000 pound (RM38,205) manakala kulit dan giginya masing-masing bernilai 3,000 pound (RM16,374) dan 500 pound (RM2,729).

Kejadian itu berlaku beberapa bulan selepas pemburu, Luteni Muhararukua terbunuh ketika dia sedang memburu badak sumbu untuk mendapatkan tanduknya berhampiran Namibia.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *