Haqiem Rusli Jadikan Faizal Tahir Sebagai Idola Dalam Muzik

Meskipun masih bergelar pendatang baru dalam industri seni, tetapi Haqiem Rusli telah berjaya menduduki tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32) pada malam Ahad lalu menerusi lagunya ‘Tergantung Sepi’.

Menurut Haqiem, dia berharap agar kemenangan yang dimilikinya di pentas AJL32 itu dapat membuka mata sesetengah pihak yang selama ini meragui keupayaan penyanyi baru sepertinya dan mengubah mentaliti orang yang tidak semua penyanyi bernada tinggi itu adalah sedap.

Jelas Haqiem, mungkin pada sesetengah orang suara penyanyi itu kedengaran sedap apabila dia mengunakan nada tinggi tetapi baginya ada juga penyanyi nada rendah yang masih berkualiti.

Bercakap mengenai idolanya, Haqiem mengatakan yang dia sangat menghormati bakat dalam muzik yang dimiliki oleh idolanya iaitu Faizal Tahir dan disebabkan itu juga dia telah melakukan kajian pada setiap persembahan Faizal setiap kali menyertai AJL.

Malah, bukan itu sahaja tetapi Haqiem turut pernah menyimpan hasrat ingin berduat bersama dengan idolanya itu. Pasti suatu hari nanti hasrat Haqiem ingin menyanyi bersama Faizal Tahir itu akan tercapai yang penting Haqiem terus berusaha perbaiki diri untuk menjadi penyanyi sehebat Faizal Tahir. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *