Haqiem Rusli Mengaku Sudah Kebal Gara-Gara Air Mata Palsu

Penyanyi yang berjaya menduduki tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32), Haqiem Rusli mengakui yang dia tidak kesah dengan kritikan netizen yang mengatakan dia mengalirkan air mata palsu semasa menyampaikan lagu ‘Tergantung Sepi’ di pentas AJL malam Ahad lalu.

Menurut Haqeim, dia sudah tidak kesah dengan segala kritikan netizen kerana sebelum ini dia pernah berhadapan dengan pelbagai cacian dan perkara itu juga bukan hanya berlaku padanya sahaja tetapi juga pada rakan seperjuangannya seperti Aiman Tino, Irfan Harris dan ramai lagi.

Bercakap mengenai tangsiannya sewaktu di pentas akhir AJL, Haqiem mengatakan yang dia menangis kerana gagal menahan sebak kerana terlalu menghayati lirik lagu ‘Tergantung Sepi’ dan berasa sedih apabila melihat wajah sahabat yang mengalami kelainan upaya di atas pentas.

Meskipun dikritik mengalirkan air mata palsu tetapi bagi Haqiem dia berpuas hati dengna persembahannya pada malam itu kerana berjaya menyampaikan maksud yang tersirat disebalik lagu ‘Tergantung Sepi’ itu.

Malah, sebagai pendatang baru, Haqiem juga turut berasa bersyukur kerana lagu yang dinyanyikan olehnya berjaya menduduki tempat ketiga di anugerah berprestij seperti itu dan itu membuktikan yang kehadirannya dalam industri seni diterima.   –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *