Harga rumah di Malaysia melepasi tahap kemampuan rakyat

Apabila sebut sahaja tentang harga rumah, pasti ramai rakyat Malaysia akan mula merungut dan mengeluh. Harga rumah di Malaysia memang tidak dapat dinafikan sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Rumah yang dijual kebanyakkan adalah rumah yang tidak mampu untuk dimiliki kerana harga yang sangat tinggi sehingga tidak melepasi tahap kemampuan rakyat.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mendedahkan Malaysia telah mengalami kekurangan rumah ‘mampu milik’ untuk keperluan rakyat.

Sehubungan itu, BNM telah menegaskan dengan menyediakan data lengkap menunjukkan rumah di negara ini ‘tidak mampu dibeli’ pada 2016 oleh standard antarabangsa.

Bank pusat itu dalam usaha untuk menangani masalah ini telah menggariskan lima strategi melibatkan memusatkan inisiatif perumah mampu milik, menubuhkan pangkalan data perumahan bersepadu, pendaftaran pemohonan untuk merancang dan memperuntukkan rumah mampu milik.

Selain itu, BNM juga mencadangkan supaya mengurangkan kos kepada perumahan mampu milik, memulihkan lembaran imbangan isi rumah dengan meningkatkan celik kewangan dan meningkatkan pasaran sewaan dengan mengukuhkan rangka kerja perundangan.

“Isu kemampuan untuk membeli rumah sebahagian besarnya disebabkan oleh penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, serta pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan,” kata bank pusat.

BNM berkata anggaran harga rumah mampu milik di negara ini kadar maksimum adalah RM282,000 mengikut pendekatan beban kos perumahan.

“Bagaimanapun, median harga rumah sebenar ialah RM313,000 (pada 2016), jauh melepasi kemampuan kebanyakan isi rumah, dengan pendapatan median isi rumah kebangsaan hanya RM5,228,” katanya.

Tiga faktor yang digariskan BNM menjadi punca harga rumah di Malaysia tidak mampu dimiliki adalah bilangan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, pelancaran baharu yang jauh melepasi tahap kemampuan membeli serta peningkatan harga rumah mengatasi pendapatan isi rumah.

Direkodkan pada suku kedua 2017, terdapat hampir 82% rumah yang tidak terjual kerana ia dijual pada harga RM250,000 ke atas melebihi tahap kemampuan rakyat Malaysia.

Pihak bank pusat terus menyediakan pembiayaan untuk peminjam yang layak membeli rumah. Terdapat lebih 70% pinjaman perumahan diberikan kepada pembeli pertama dan hampir dua pertiga peminjam perumahan membeli rumah berharga kurang daripada RM500,000. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *