Hubungan Sufian Suhaimi Dan Elfira Semakin Parah?

Nama Sufian Suhaimi mula meningkat naik apabila lagunya yang bertajuk ‘Terakhir’ menjadi tular di YouTube dalam masa yang singkat. Malah, berita mengenai pertunangannya bersama dengan pelakon, Elfira Loy juga turut sama membuatkan Sufian semakin dikenali.

Jika sebelum ini, pasangan sejoli itu merancang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac ini tetapi sejak berita kurang menyenangkan mengenai hubungan Sufian dan Elifa bermasalah tersebar meluas pelbagai spekulasi mula timbul.

Meskipun pernah mengeluarkan kenyataan yang dia dan juga Elifa sedang berhadapan dengan dugaan alam pertunangan sama seperti pasangan lain tetapi ternyata kenyataan itu masih tidak cukup untuk memuaskan hati netizen.

Tambahan pula, mereka dikatakan sudah tidak saling mengikuti di Instagram atau memuat naik gambar bersama seperti sewaktu bercinta dahulu dan itu menyebabkan netizen merasakan yang hubungan Sufian dan juga Elfira kini sedang dalam keadaan yang parah.

Kini, persoalan mengenai status hubungan pasangan itu kembali menghantui netizen apabila Sufian dilihat memuat naik satu status yang agak mencurigakan di ‘instastory’.

Sufian telah memuat naik satu ‘quote’ mengenai kesusahan melepaskan atau mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang membuatkan netizen menganggap posting itu adalah lahan hati Sufian yang terpaksa melepaskan orang yang dia sayangi iaitu Elfia Loy.

Namun, masih tiada pengesahan atau kenyataan daripada Sufian mahupun Elfira. Mungkin posting itu dimuat naik hanya untuk suka-suka dan tiada kaitan mengenai hubungan Sufian dengan Elfira. Doakan sahaja yang terbaik buat pasangan itu supaya perancangan mereka boleh berjalan dengan lancar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *