Ikan kolam spa terapung-apung, mati, akibat kaki seorang lelaki terlalu busuk

Sudah pasti ramai orang amat menyukai tentang rawatan-rawatan untuk kecantikan dan kebersihan diri. Malah ada yang sanggup pergi jauh-jauh semata-mata untuk mencuba rawatan-rawatan yang melibatkan alam semulajadi. Mungkin ia boleh mendapatkan ketenangan dan keselesaan di samping menghirup udara segar di tempat yang selesa.

Dari segi lain pula, terdapat rawatan terapi yang mengunakan ikan dan ia lebih dikenali sebagai spa ikan. Spa ikan merupakan sebuah rawatan yang dilakukan di bahagian kaki dimana anda hanya perlu meletakkan kaki anda ke dalam kolam yang telah di isi dengan banyak ikan-ikan kecil. Ratusan ikan-ikan itu akan mengigit untuk menghilangkan sel-sel kulit mati di bahagian kaki.

Ada seorang lelaki yang telah membuat keputusan untuk pergi ke sebuah spa ikan tapi apa yang menjadi masalahnya, ikan-ikan di dalam kolam tersebut didapati telah mati kerana disebabkan kakinya yang berbau sangat busuk.

Kejadian yang boleh dianggap lucu ini telah berlaku di Beijing, China. lelaki berkenaan juga telah bekerja di sebuah syarikat IT selama 10 tahun. Oleh kerana terlalu sibuk dengan pekerjaannya dia hampir lupa untuk meluangkan masa berharga untuk dirinya sendiri.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Wong dan berumur 35 tahun dan masih belum berumahtangga. Pada masa yang sama, dia telah diperkenalkan kepada seorang wanita oleh ibu bapanya sendiri. Pada malam tahun baru yang lepas, dia dan wanita berkenaan telah meluangkan masa bersama-sama.

Wanita berkenaan telah mengajak Wong untuk pergi ke sebuah spa ikan namun Wong telah membuat alasan supaya dia tidak perlu pergi ke tempat tersebut. Namun akhirnya dia terpaksa mengikut setelah termakan pujuk rayu wanita tersebut.

Sebaik saja rawatan selesai, pemilik spa berkenaan dalam keadaan yang sangat terkejut melihat semua ikan yang berada di dalam kolam spa terapung-apung dan mati. Mereka berpendapat Wong sengaja meracuni ikan-ikan tersebut supaya dia dapat menuntut bayaran untuk ganti rugi itu. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal setelah kedua-dua mereka bertengkar sehingga Wong terpaksa mendedahkan perkara yang sebenar punca utama atas kematian ikan-ikan tersebut.

Wong juga terpaksa membuat muka tebal dengan mengakui kesalahannya yang menjadi penyebab atas kematian ikan-ikan di kolam. Oleh kerana dia terlalu sibuk dengan kerja shariannya selama 10 tahun sehingga terlepas pandang tentang kebersihan kaki dan penyebab menjadi tersangat busuk.

Jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran supaya kita tidak memandang remeh tentang kebersihan diri. jika kita terlalu leka dengan pekerjaan, ianya akan memberikan kemudaratan pada tubuh badan kita. Sebaik-baiknya seimbangkan masa kerja dan masa untuk diri sendiri supaya kejadian seperti di atas tidak memimpa diri kita.

Andai kata pasangan anda kini mempunyai masalah bau kaki yang terlampau, adakah anda masih mahu dengannya? Tepuk dada tanya hati sendirilah ye.

Sumber – aliffchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *