‘Jampi’ Hael Husaini Mengena Di Pentas AJL 32

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) di Axiata Arena, Bukit Jalil bertemakan ‘fesyen dan muzik’ bersama pengacara baru untuk pentas AJL tahun ini iaitu Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad.

Rata-rata netizen yang menonton pentas AJL semalam telah memberikan pujian pada gandingan dua pengacara itu menghidupkan pentas itu sehingga membuatkan ia menjadi ‘hidup’ dan tidak membosankan seperti tahun lepas.

Malah, kehebatan para finalis dalam memberikan persembahan yang terbaik di pentas AJL juga turut menerima pujian daripada netizen sehinggakan agak sukar untuk meneka finalis manakah yang akan menjadi juara AJL untuk tahun ini.

Namun, teka teki itu terjawab apabila nama Hael Husaini yang terkenal melalui lagu ‘Jampi’ diumumkan menjadi juara AJL 32 dan membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama baucer produk CJ Wow Shop serta trofi AJL 32.

Tidak diinafikan, lagu ‘Jampi’ ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu sememangnya sangat berhantu sehingga menjadi siulan ramai dan berjaya men’jampi’ pentas AJL untuk menjadi juara tahun ini.

Berikut adalah keputusan penuh AJL 32:

                                     Juara:   Hael Husaini (Jampi)

                                     Naib Juara: Faizal Tahir (Sejati)

                                     Tempat Ketiga:   Haqiem Rusli (Tergantung Sepi)

                                     Vokal Terbaik:    Ernie Zakri & Syamel (Aku Cinta)

                                     Persembahan Terbaik:     Altimet (Amboi)

Tahniah buat semua pemenang AJL 32. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *