John Cena Minat J-Hope Dari Kumpulan BTS

Populariti kumpulan Bangtan Boys atau BTS bukan hanya meletop-letop di Korea Selatan sehaja tetapi ia juga telah merebak sehingga ke seluruh dunia.

Selepas melakukan debut mereka di pasaran Hollywood tahun lepas, kumpulan yang dianggotai oleh RM, V, J-Hope, Jimin, Suga, Jungkook, dan Jin itu telah menerima banyak ‘shoutout’ daripada bintang terkenal Hollywood seperti Camela Cabello, Charlie Puth dan Backstreet Boys.

Kini, seorang lagi nama besar di Hollywood tampil menunjukkan minatnya pada kumpulan itu. Menurut laporan Sindonews, bekas ahli gusti WWE, John Cena tanpa berselindung melahirkan minatnya pada kumpulan itu apabila memuat naik gambar J-Hope di Instagram-nya.

Meskipun tidak diketahui punca sebenar Cena memuat naik gambar J-Hope di Instagram-nya tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan peminat BTS iaitu ARMY beranggapan yang Cena sangat meminati kumpulan daripada Big Hit Entertainment itu.

Malah, tanggapan itu juga menjadi bertambah kuat kerana Cena juga dikatakan telah mengikuti akaun rasmi milik BTS di Twitter. Mungkin benar Cena meminati kumpulan itu, tiada apa yang salah kerana semua orang juga turut meminati kumpulan itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *