Jumlah Follower Pelakon Tak Jamin Rating Drama Meningkat.. – Hisyam Hamid

Disaat ramai orang menganggap jumah pengikut di media sosial seorang pelakon itu boleh membantu dalam menaikkan rating drama mahupun filem sehingga mencapai rekod box-office, pelakon terkenal, Hisyam Hamid mempunyai tanggapan yang berbeza.

Dimana, menurut pelakon kelahiran Kota Singa itu, untuk mengelakkan orang akan berasa jemu, dia memilih untuk kurang keluar dalam televisyen. Disebabkan itu juga, dia akan memilih produk yang benar-benar eksklusif sahaja.

Jelas Hisyam, padanya rating sesebuah drama itu tidak bergantung pada jumlah pengikut pelakon di media sosial. Itu kerana, pada Hisyam yang paling penting adalah kualiti lakonan yang diberikan oleh pelakon itu dalam menyempurnakan sesuatu watak.

Namun, apa yang lebih penting pada Hisyam adalah bagaimana ingin terus kekal dalam industri seni. Bagi Hisyam, untuk mengekalkan namanya, dia sangat mementingkan kualiti lakonan supaya dia boleh mencapai tahap seperti yang pengarah mahukan kerana jika lakonan hancur tiada siapa mahu lihat.

Atas sebab itu juga, Hisyam suka mencabar dirinya untuk menerima pelbagai watak yang keluar daripadda zon selesa seperti wataknya dalam drama bersiri lapan episod yang bertajuk Do(s)a.

Bagusnya jika pelakon-pelakon lain turut berfikiran seperti Hisyam yang sentiasa ingin perbaiki mutu lakonan mereka kerana tahu tiada orang yang ingin lihat lakonan yang hancur. Jika terus begini, pasti nama Hisyam akan diletakkan sebaris dengan pelakon hebat yang lain. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *