Kanak-kanak perempuan alami kecederaan teruk diseret ibu dengan motosikal

KLATEN,INDONESIA: Seorang kanak-kanak perempuan diseret ibu kandungnya di atas jalan raya dengan motosikal hingga mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Rakaman CCTV penderaan terhadap kanak-kanak berusia 4 tahun itu kini tular di media sosial di Indonesia dan mengundang kemarahan para netizen.

Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan teruk di bahagian lutut dan tapak kaki dalam kejadian yang berlaku di Dusun Balong, Desa Paseban, Kecamatan Bayat, Klaten pada Khamis.

Setelah menyeret anaknya, si ibu dikatakan melanggar beberapa orang awam yang sedang berkumpul bermain karom dekat lokasi kejadian.

Mangsa dilaporkan sudah menerima rawatan di pusat kesihatan berdekatan manakala ibunya kini ditahan.

Mangsa dilaporkan sudah menerima rawatan di pusat kesihatan berdekatan manakala ibunya kini ditahan. -Instagram @infocegatansukoharjo

Dalam pada itu, laporan di portal Solopos menyebut bahawa selain mangsa, anak sulung wanita yang dipercayai mengalami kemurungan itu turut didera.

Sumber – penmerahpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *