Kapsul penginapan mudah alih mampu hasilkan tenaga elektrik sendiri

BRATISLAVA, Slovakia – Seorang pereka tempatan mencipta sebuah kapsul penginapan mudah alih yang mampu menghasilkan tenaga elektrik sendiri dan boleh dibawa ke mana-mana destinasi menggunakan helikopter.

Kapsul seluas 27.4 meter persegi itu direka seperti bentuk telur dan boleh dimiliki pada harga kira-kira AS$100,000 (RM394,000).

Digelar Ecocapsule, kapsul itu boleh memuatkan dua individu di dalam ruang kecil selain turut mempunyai dapur, tandas dan pancuran air panas.

Kapsul khas itu diperbuat daripada kerangka kaca gentian dan aluminium serta dilengkapi turbin angin dengan kuasa 750 watt dan tenaga solar 880 watt.

Ia juga boleh digandakan seperti karavan, rumah bot atau hotel bagi kegunaan melibatkan ramai orang. – Agensi

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *