Kate Middleteon Derma Rambut Untuk Kanak-Kanak

Isteri kepada pewaris tahta kedua England, Putera William iaitu Kate Middleton bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik tetapi juga mempunyai hati yang sangat mulia.

Seperti yang semua ketahui, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu merupakan salah seorang individu yang mempunyai rambut tercantik di dunia tetapi itu tidak membuatkan Middleton menjadi kedekut untuk berkongsi setiap helai rambutnya untuk orang yang lebih memerlukan.

Sebelum mengumumkan berita mengenai kehamilannya yang keempat, Middleton dikatakan telah memotong rambutnya sebanyak 7 inci dan selepas memotong rambutnya itu Middleton mencadangkan supaya setiap helaian rambutnya digunakan untuk kegunaan yang baik.

Oleh itu, Middleton telah mencadangkan agar rambutnya itu didermakan kepada badan kebajikan dan menurut laporan Sunday Express, rambut Middleton itu telah didermakan ke pusat kebajikan bernama Little Princess Trust.

Iaitu sebuah organisasi terletak di Herefordshire yang membuat rambut palsu daripada rambut asli dan mendermakan rambut palsu itu kepada kanak-kanak yang sedang menjalani kimoterapi atau rawatan radiasi akibat menghidap kanser.

Sebelum ini, Harry Styles juga pernah mendermakan rambutnya pada oranganisasi yang sama pada tahun 2016. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *