Kenapa Farid Kamil Padan Gambar Tun Mahathir Didalam Instagram?

Selepas didakwa atas empat pertuduhan serta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis ganja di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dan membuat laporan polis mendakwa dia telah dianiaya tiga orang rakan artis. Kini, Datuk Farid Kamil kembali menjadi tumpuan netizen.

Apabila netizen menyedari dan mula mempertikaikan tindakan Farid memadam gambar bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimuat naiknya beberapa bulan lepas selepas dibebaskan dari tahanan reman.

Disebabkan itu juga pada posting terbarunya, netizen telah menghujani ruangan komen dengan pelbagai reaksi serta persoalan mengapa Farid memadam gambar dia memuji Tun M sebaik sahaja dibebaskan kerana merasakan pasti ada sesuatu.

Malah, selain dari mempersoalkan isu itu, netizen juga turut mempertikaikan apa tujuan sebenar Farid membuat laporan terhadap rakan baiknya, Sofi Jikan. Persoalan bertambah apabila netizen mendapati Farid memberikan ‘like’ pada gambar serta video Sofi ditahan polis.

Sementara itu, Rabu lepas, pelakon ‘KL Gangster’, Sofi Jikan telah ditahan reman selama tiga hari selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Namun, sehingga kini pelakon ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ itu masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung isu itu. Pasti ada sebab mengapa semua itu berlaku, jadi, kita nantikan sahaja perkembangan lanjut kes ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *