Kenapa proses melahirkan anak luar nikah lebih mudah? Ini jawapannya.

Isu tentang kelahiran anak luar nikah ini seperti tiada titik noktahnya, walaupun pelbagai usaha yang dilakukan untuk menangani masalah ini tetapi masih ada sahaja berita di media tentang kelahiran anak luar nikah.

Direkodkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 159,725 kelahiran anak luar nikah atau tidak sah taraf, didaftarkan di seluruh negara bagi tempoh tiga tahun, bermula 2013.

Statistik itu merekodkan 2014 sebagai tahun paling ramai anak luar nikah dalam tempoh berkenaan, iaitu 54,614 orang, 672 kelahiran lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai umat Islam perbuatan berzina sehingga melahirkan anak luar nikah ini adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Walaubagaimanapun, masih ramai pihak yang tertanya-tanya bagaimana proses wanita hamil anak luar nikah dilihat begitu mudah berbanding wanita yang sudah berkahwin.

Kebanyakkan wanita yang lahir anak luar nikah ini apabila dilihat dari bentuk fizikal tidak nampak seperti wanita hamil berbanding wanita yang sudah berkahwin.

Sebenarnya disebabkan perasaan takut dan malu disebabkan sudah terlanjur dengan kekasih sehingga mengandung anak luar nikah membuatkan mereka boleh bersalin dengan sangat mudah.

Malah, sepanjang tempoh kehamilan anak luar nikah itu juga wanita terbabit tidak akan mengalami sebarang masalah berbanding kesusahan yang dialami wanita yang sudah berkahwin.

Selain itu, Allah SWT juga telah mencabut segala rasa susah sehinggakan wanita yang hamil anak luar nikah tidak mendapat sikitpun pahala berbanding wanita yang bersusah payah melahirkan anak dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Disebabkan itu apabila bersalin ramai wanita yang melahirkan anak luar nikah cukup mudah melahirkan anak kerana pahala sakit telah dicabut oleh Allah ketika bersalin.

Berbanding wanita yang sudah berkahwin apabila ingin bersalin terpaksa menahan sakit ingin melahirkan berjam-jam, memerlukan bantuan bidan atau doktor untuk melahirkan anak.

Bagaimanapun, sebagai umat Islam khususnya golongan wanita janganlah mudah terjebak dengan penzinaan. Baik atau alim mana kekasih anda jangan terlalu mudah menyerah maruah diri sehingga melakukan perbuatan zina dan melahirkan anak luar nikah.

Sebagai seorang wanita amat rugi apabila anda tidak dapat mengalami detik indah sepanjang proses kehamilan dan kelahiran anak yang sah taraf diberikan oleh Allah SWT.

Bukan semua wanita yang dapat merasai pengalaman, proses kehamilan, dan kelahiran bayi kerana terdapat wanita yang sudah berkahwin berpuluh tahun tidak dikurniakan cahaya mata. Sebaliknya, anda yang melahirkan anak luar nikah mengambil keputusan membuang atau membunuh bayi anda yang tidak bersalah hanya kerana anda malu perkara tersebut diketahui oleh orang ramai. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *