Kenyataan Zul Arifin Dibidas Oleh Bapa Zahirah

Bapa kepada pelakon ‘Cik Cinderella dan Encik Tengku’, Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson tampil membidas semula kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Zul Ariffin sebelum ini mengenai meminta Zainol lebih matang dalam menerima hubungannya dengan Zahirah.

Menurut Zainol, dia tidak memahami apa sebenarnya yang ingin Zul sampaikan dalam kenyataannya, meminta dia bersikap matang kerana setahunya, dia yang sudah memasuki usia 60 tahun jadi dia lebih faham mengenai asam garam kehidupan.

Jelas Zainol, dia tidak pernah menghalang anaknya, Zahirah berkawan dengan Zul tetapi dia cuma mahu Zul faham akan apa maksud berkawan itu sebenarnya kerana sebagai bapa, dia seboleh-bolehnya tidak mahu Zahirah bercinta lagi sebab masih muda dan berpotensi untuk menjadi pelakon.

Oleh sebab itu juga, Zainol sering menasihati anaknya itu supaya tidak mudah tergoda atau terjebak dengan percintaan sesama rakan artis dan sebaliknya beri tumpuan terhadap kariernya tanpa perlu bimbang mengenai lelaki.

Malah, sebagai bapa juga Zainol tidak mahu anaknya itu menjadi mangsa dipergunakan oleh mana-mana lelaki ketika masih muda.

Sebelum ini, Zul pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dia keliru dengan tindakan bapa kekasihnya, Zahirah yang mengeluarkan kenyataan sinis di media sosial seolah-olah hubungan dia dengan Zahirah tidak baik dan tidak direstui.

Disebabkan itu, Zul berharap agar Zainol boleh menjadi lebih matang dan berterus terang jika dia tidak merestui hubungannya dengan Zahirah, dan bukannya bercakap melalui media sosial.

Mungkin ini semua hanyalah satu salah faham yang boleh diselesaikan tanpa melalui media, sebaliknya duduk bincang bersama-sama. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *