Kerajaan akan bantu rakyat hadapi ekonomi global

Kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyatnya khususnya golongan berpendapatan rendah. Antara bukti kerajaan sentiasa membantu rakyat adalah dengan memberi pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif.

Pemberian dan bantuan diberikan secara berterusan kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau parti politik.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkata beliau yakin kerajaan akan bantu rakyat untuk menghadapi ekonomi global yang masih dalam keadaan tidak menentu. Keadaan ekonomi global yang tidak menentu pastinya akan memberi kesan kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Baginda yakin kerajaan akan berusaha untuk membantu rakyat menghadapi ekonomi global ini dengan mengadakan kaedah baharu dan inovatif.

Baginda turut memuji tindakan yang dilakukan pihak swasta dan badan bukan kerajaan bekerjsama dengan kerajaan untuk merancang segala usaha yang dibuat untuk rakyat.

“Sebagaimana maklum, keadaan ekonomi global masih lagi tidak menentu. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan langsung kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah,” kata baginda.

Sementara itu, baginda juga turut menyarankan pentingnya nilai perpaduan dalam diri rakyat negara ini dalam mencapai Transformasi Nasional 2050.

Katanya, faktor persafahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum perlu diperkukuhkan lagi.

“Bagi negara Malaysia yang menyasar menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi sosial melalui Transformasi Nasional 2050, faktor persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama hendaklah dipupuk secukupnya demi kejayaan negara,” kata baginda. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *