Kerajaan DAP ‘haramkan’ ceramah politik di seluruh masjid P.Pinang

Jika dilihat segala tindak-tanduk parti DAP selama ini, sudah jelas menunjukkan parti Roket itu sememangnya sebuah parti yang tidak suka orang Islam dan Melayu. Namun DAP sering bermuka-muka bila berhadapan dengan rakyat  dan mengatakan mereka kononnya bukannya parti anti Islam dan Melayu.

Terbaru boleh dilihat apabila Exco Hal Ehwal Islam, Abdul Malik Abul Kassim memberi amaran keras kepada pentadbiran masjid di seluruh negeri Pulau Pinang supaya tidak membenarkan ceramah yang diadakan menyentuh berkaitan politik disifatkan satu tindakan yang tidak demokrasi.

Abdul Malik dilapor berkata, “masjid tidak boleh digunakan untuk parti politik, apatah lagi untuk melemparkan pelanggaran lisan dan memainkan isu perkauman dan agama.”

Walau apa pun, tindakan ini sebenarnya dilihat kerajaan DAP takut dengan penceramah-penceramah yang turun ke masjid dan surau mendedahkan siapa sebenarnya parti Roket itu yang jelas merupakan sebuah parti anti Islam.

Mereka takut jika rakyat mengetahui perkara-perkara yang menunjukkan DAP anti Islam seperti DAP menolak hudud, tak sokong pindaan RUU355 berkaitan Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, parti Roket itu menyokong pindaan RUU 164 mengenai perkahwinan dan perceraian yang membolehkan Mahkamah Sivil membicara kes perceraian mualaf dan bukan Islam serta over rule segala keputusan Mahkamah Syariah.

Begitu dengan isu Ahli Parlimen DAP, Kulasegaran yang bela kes Indira di Mahkamah yang menyebabkan 3 anaknya murtad; DAP persoal hukum larang Murtad dalam mahkamah syariah dan juga DAP tekad menjadikan Malaysia sebaga negara Sekular.

Lebih biadap apabila parti Roket itu menggelarkan pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik sebagai “syaitan”; DAP mengarahkan azan di Pulau pinang tidak mengunakan speaker yang kuat kononnya mengganggu yang bukan Islam dan juga DAP mempertikai peruntukkan kerajaan kepada JAKIM.

Lebih menyerlah sikap anti Islam DAP apabila parti itu mempertikai kewujudan JAKIM yang atas alasan tiada dalam Perlembagaan. Ditambah pula penyokong parti Roket itu, Siti Kasim yang sering mencetuskan kontroversi mahu JAKIM dihapuskan.

DAP juga membantah applikasi mencegah maksiat “Amar” di Selangor yang memudahkan orang ramai buat aduan kes Khalwat. Begitu juga dengan sikap pilih kasih DAP apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi peruntukkan lebih kepada sekolah Cina berbanding sekolah Agama.

DAP turut mahu menghapuskan mata pelajaran Tamadun Islam di Universiti. DAP menolak bantahan pesta minuman keras dan bangga pula apabila mengadakan pesta arak di negeri Pulau Mutiara itu.

Sikap biadap dan tidak bertanggungjawab penyokong DAP yang sering menghina ulama’ dengan memberikan pelbagai gelaran buruk dan tidak baik. DAP juga takut rakyat tahu mengenai kes berkaitan salah urus tadbir kerajaan Pulau Pinang berhubung isu projek mega pembinaan terowong dasar laut, tiga lebuhraya dan juga laluan basikal dengan kos yang tinggi yang jelas tidak masuk akal.

Di tambah pula sikap kerajaan DAP yang rakus menggadai tanah negeri atas alasan diberikan kepada pemaju sebagai gantian bayaran tunai untuk projek kerajaan negeri. DAP juga melakukan projek-projek yang tidak menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar hingga menjadi punca tanah runtuh dan banjir kerap melanda di negeri itu.

DAP juga merasuah pemimpin Melayu dalam PKR dan parti serpihan PAS, PAN dengan jawatan untuk menyembunyikan kelicikan dan kejahatan mereka. Ini termasuklah Mohamad Sabu, Wan Ji, Saifuddin dan lain-lain.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan DAP. Sepatutnya DAP menghormati hak demokrasi untuk rakyat tahu apa yang parti Roket itu lakukan terhadap Islam.

Kerajaan parti Roket ini patut diajar dengan orang Islam di negeri itu menolak mereka dan rakan sekutu parti itu dalam Pakatan Harapan seperti PAN, PKR dan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Orang Islam di negeri berkenaan harus bangkit menentang parti Roket itu supaya mereka tidak sesuka hati mencampuri urusan umat Islam dan menyebarkan dakyah sekular mereka! –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *