Kerana Malas Berkahwin, Salman Khan Cari Ibu Tumpang Untuk Dapatkan Anak

Siapa tidak kenal dengan pelakon terkenal Bollywood yang telah membintangi puluhan filem-filem hit bernama Salman Khan, meskipun telah memasuki usia 52 tahun tetapi Salman masih belum bersedia untuk berkahwin.

Malah, Salman juga merasakan dirinya adalah lelaki yang tidak sesuai untuk dijadikan suami oleh mana-mana wanita. Namun, itu tidak bermakna Salman tidak mahu mempunyai warisnya yang tersendiri, tambahan pula, itu juga merupakan impian kedua ibu bapanya.

Jadi, oleh sebab ingin memenuhi hasrat hati ibu bapanya dan juga hasrat hatinya sendiri, Salman akhirnya telah membuat keputusan ingin menjadi bapa tetapi tanpa perlu melalui proses perkahwinan kerana dia ingin mendapatkan zuriat dengan mengunakan bantuan ibu tumpang.

Yang mana, proses ibu tumpang itu juga turut pernah digunakan oleh beberapa nama besar, antaranya adalah Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Lucy Lui, David Beckham, Kim Kardashian, dan Michael Jackson.

Namun, ibu tumpang itu akan dicari Salman dalam masa dua tahun lagi kerana dia benar-benar ingin mencari ibu tumpang yang baik dan sesuai untuk mengandungkan anaknya.

Sebelum ini, Salman pernah mengatakan pada Bollywood Shaadis yang dia memang teringin mempunyai anak tetapi masih belum bersedia untuk berkahwin. Tetapi, kini Salman telah bersedia dan bakal membuat proses bayi tumpang.

Salman memang sangat terkenal dengan sifat penyayangnya terhadap kanak-kanak kerana dia sering dilihat bermain dengan anak buahnya, yang juga merupakan anak kepada adiknya, , Arpita Khan iaitu Ahil. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *