Kereta ‘keyless entry system’ kini berdepan risiko dicuri dengan mudah

Teknologi sudah semakin maju dan pelbagai perkara yang telah dicipta dikatakan untuk memudahkan manusia. Antara teknologi baru dicipta untuk memudahkan pemilik kenderaan adalah sistem tanpa kunci (keyless entry system)

Namun begitu, pemilik kereta yang menggunakan sistem itu dikatakan akan berdepan dengan risiko kenderaan mereka mudah untuk dicuri kerana terdapat alat penggodam berfrekuensi di jual di pasaran tempatan.

Alat penggodam terbabit dikatakan mudah untuk didapati di laman atas talian atau kedai elektronik dengan sekitar harga RM50. Alat terbabit didakwa mampu untuk menggodam dengan membuka pintu kereta dan menghidupkan enjuan melalui informasi pengecaman frekuensi radio (RFID).

Terdapat sumber mendedahkan alat terbabit mampu untuk membuka setiap kenderaan yang tidak menggunakan kunci. Pencuri kereta akan merekrut penggodam untuk memasang perisian berkaitan ke komputer peribadi dan akan diajar begaimana untuk menggunakan alat berkenaa.

“Beberapa penggodam tempatan telah dirisik untuk memberi perkhidmatan mereka kepada sindiket pencurian kereta,” tambah sumber itu lagi.

Kata sumber, tiga cara yang dilakukan untuk mencuri kod encryption untuk membuka kenderaan yang mengunakan sistem tanpa kunci dengan mudah dalam masa beberapa minit sahaja.

“Alat tersebut haruslah dipasang di komputer sebelum ia berfungsi dengan perisian pemantauan frekuensi yang ringkas. Ia boleh dimuat turun secara percuma dari Internet.

“Seterusnya, perisian itu akan membaca frekuensi yang dipindahkan dari sistem kereta ke alat kawalan.Kaedah lain ialah dengan menyerang sistem kenderaan. Alat penggodam berfungsi menerusi signal yang ditiru dari alat kawalan.Proses berkenaan boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja, bergantung kepada kod data seseorang penggodam.

“Pencuri juga mencuri kod daripada alat kawalan kenderaan dengan menghantar signal radio kepada alat berkenaan.

“Ia menyebabkan sistem kereta akan berkomunukasi dengan kunci dan menghantar respon secara automatik.

“Pada waktu itu, pencuri kereta akan mengesan frekuensi yang dipindahkan dari kunci sebelum memadankannya dengan sistem pengunci kereta dan seterusnya membuka kereta tersebut serta menghidupkan enjinnya,” kata sumber.

Sebelum ini, Kelab Automobil Allgemeiner Deutscher yang berpangkalan di Munich telah menjalankan kajian kepada 110 model kereta dari 27 jenama berbeza yang menggunakan sistem tanpa kunci.

Hasil uji kaji yang dilakukan menunjukkan 19 juta ahlinya mendapatkan kereta yang menggunakan sistem tanpa kunci memang sangat mudah untuk dicuri.

Oleh itu, kepada mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan sistem tanpa kunci diharap agar lebih berhati-hati supaya anda tidak menjadi salah seorang mangsa yang kehilangan kenderaan akibat dicuri. Penjenayah sanggup melakukan apa sahaja untuk melakukan jenayah mereka sehinggalah menggodam sistem kenderaaan anda. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *