Khidmat ‘Kekasih Sementara’ untuk Hari Valentine kini menular di Malaysia

Jika sebelum ini, kita sering mendengar tentang berita perkhidmatan ‘kekasih sementara’ atau ‘kekasih upahan’ di luar negara. Tetapi, nampaknya perkhidmatan terbabit sudah mula menular di negara ini.

Menjelang 14 Februari ini adalah satu hari yang penting buat semua wanita kerana ia adalah Hari Kekasih Sedunia. Pada hari terbabit, pasti ramai pasangan kekasih yang akan keluar bersama-sama.

Tetapi, bagi wanita single tarikh itu pasti menyebabkan diri mereka sedih kerana tidak mempunyai kekasih untuk diajak keluar bersama. Bagaimanapun, nampaknya wanita single sudah tidak perlu risau lagi jika tidak mempunyai kekasih apabila anda hanya perlu menggunakan khidmat kekasih sementara sempena Hari Kekasih Sedunia ini.

Seorang lelaki dikenali sebagai Johan telah menawarkan khidmat kekasih sementara sempena sambutan Hari Kekasih Sedunia di sebuah laman web jual beli Carousel.

Johan sedia menjadi kekasih sementara ketika sambutan Hari Kekasih Sedunia dengan harga bermula RM67.91 untuk sehari. Mengapa harga terbabit dipilih menurut Johan ia adalah sempena tarikh lahirnya.

Dalam masa yang sama, Johan juga berharap akan ada wanita yang mahu menggunakan perkhidmatan kekasih sementara itu dengan memberi tawaran yang labih tinggi untuk proses jual beli terbabit.

Malah, Johan juga mula berkongsi beberapa keping gambar dirinya yang memiliki badan berotot di laman web jual beli itu. Mungkin mana-mana wanita yang medambakan kekasih berotot tetapi tidak dapat memiliki kekasih berotot boleh menggunakan perkhidmatan lelaki terbabit.

Terdapat antara netizen juga yang mempersoal mengapa Johan meletakkan harga RM67.91. Katanya, dia tidak mahu menjual dirinya dengan harga yang terlalu mahal untuk permulaan perkhidmatan yang dilakukan.

Sebelum ini, terdapat seorang lelaki kaum Cina juga telah tular di media sosial apabila menawarkan perkhidmatan kekasih sementara sempena Tahun Baru Cina.

Perkhidmatan lelaki terbabit telah mendapat respon positif dari wanita terutamanya berbangsa Cina yang teruja dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Perkhidmatan terbabit didakwa dapat membantu mereka untuk berhadapan dengan keluarga ketika sambutan perayaan dan menjadikan mereka tidak begitu malu jika masih single. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *