Konon-konon nak sweet jadi punca remaja taksub dengan Hari Valentine

Setiap kali menjelang tarikh 14 Februari sahaja ramai yang akan menyambut Valentine’s Day. Pasangan kekasih akan meraikan hari tersebut dengan makan, keluar bersama dan memberi hadiah.

Hari tersebut juga dikatakan sebagai hari yang menentukan sama ada pasangan kekasih ‘sweet’ atau tidak. Disebabkan nak menjadi sebagai pasangan yang ‘sweet’ ramai remaja khususnya beragama Islam terlalu taksub dengan sambutan terbabit.

Sebagai umat Islam Valentine’s Day itu tidak sepatutnya disambut kerana tarikh itu adakan sebagai memperingati ajaran agama Kristian.

Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) menjelaskan sebab Valentine’s Day mendapat sambutan ramai remaja adalah kerana masyarakat suka dengan budaya viral dan popular.

Apabila sambutan Valentine’s Day telah menjadi viral dan popular, ia turut menjadi ikutan oleh remaja Islam.

“Kebanyakan mereka yang menyambutnya bukanlah untuk mengikut sambutan seperti agama Kristian tetapi lebih kepada ikut-ikutan dan seronok-seronok sahaja.

“Berbekalkan kejahilan, anak-anak muda kita hanyut tanpa tujuan. Walaupun tanpa pengetahuan tetapi disebabkan sambutan Valentine’s Day itu berkait dengan agama, ia seharusnya difahami dengan ilmu. Budaya hidup viral, popular ataupun seronok-seronok perlulah sentiasa dipandu oleh sempadan agama, selagi tidak bercanggah dengan akidah dan hukum asas dalam Islam,” katanya.

Prof Madya juga berkata dengan teknologi yang ada kini dan semua hanya di hujung jari, berita seluruh dunia ada di depan mata menyebabkan ia memberi impak yang besar kepada masyarakat untuk mengikut budaya-budaya tertentu.

Bila kekuatan agama rendah dan hati tidak istiqamah dalam mengikut panduan agama menyebabkan hati tetap tunduk dengan desakan pengaruh luaran, keinginan nafsu dan sebagainya.

Selain itu, disebabkan selalu hidup dalam keadaan maksiat dan dosa itu akan menjadikan hati tertutup untuk menerima kebenaran atau ‘Nur Allah’. Susah untuk terus istiqamah dengan amalan hidup beragama bila hati sudah biasa dengan titik-titik dosa.

Sebagai umat Islam, jangan hanya menyalahkan pengaruh barat yang menjadi punca ramai ramaja yang mudah terpengaruh dengan barat. Sebaliknya salahkan diri sendiri sebab iman tidak kuat untuk melawan pengaruh luar.

Ibu bapa antara yang memainkan peranan penting dengan luangkan lebih masa dengan anak. Wujudkan aktiviti menarik tanpa perlu lakukan aktiviti sambutan Valentine’s Day.

Selain itu, kuatkan fahaman dan pegangan dengan hukum agama dalam keluarga. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *