Kos CCTV kerajaan DAP di P.Pinang 36 kali ganda lebih tinggi dari harga pasaran

Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus mencetuskan kontroversi apabila kos kamera litar tertutup (CCTV) Kerajaan DAP Pulau Pinang 36 kali ganda lebih tinggi dari harga pasaran. Segala kos meningkat di bawah kerajaan DAP.

Ini dapat lihat apabila harga kamera litar tertutup (CCTV) yang berharga RM66,500 seunit dipasang di Pulau Pinang. Sudah maklum harga barangan di negeri Pulau Mutiara itu sememangnya mahal, namun jika harga kamera CCTV pun mencecah sehingga puluh ribu untuk seunit sememangnya tidak masuk akal lah!

Semalam, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui bahawa Majlis Bandar Pulau Pulau Pinang (MBPP) telah membelanjakan hampir RM47.78 juta untuk pemasangan CCTV di negeri berkenaan.

Walaupun Exco negeri, Chow Kon Yeow menyatakan kos ini termasuk harga penyelenggaraan, pengurusan dan sistem sokongan. Namun, takkan harganya begitu mahal seperti yang dibandingkan oleh Ketua Operasi Task Force MCA Komtar, Tan Hing Teik.

Tan dilapor berkata purata kos memasang CCTV tersebut adalah hanya sebanyak RM600 termasuk upah dan peralatan sahaja. Ini jauh berbeza dengan kos yang dinyatakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kon Yeow juga menyatakan bahawa projek berkenaan diberikan menerusi tender terbuka melalui MBPP. Bagaimana ia menimbulkan tanda tanya, adakah tender terbuka tersebut dianugerahkan kepada syarikat tender yang meletakkan harga yang paling rendah atau kepada syarikat kroni walaupun harga tinggi?

Walau apa pun, Kerajaan DAP mungkin menaikkan kos CCTV untuk meraih keuntungan. Ini sudah menjadi kebiasaan kerajaan DAP negeri mengambil kesempatan setiap projek yang mereka lakukan.

Selagi diberi peluang, selagi itu rakyat Pulau Pinang akan terseksa dengan cara pentadbiran kerajaan DAP yang hanya mementingkan mengaut keuntungan untuk penuhkan kantung mereka sahaja. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *