Krisis Rumahtangga David Beckham Semakin Parah

Selepas kontroversi perkahwinan pasangan sensasi Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie mengengarkan industri kini, giliran David Beckham dan juga Victoria Adams atau Victoria Posh Beckham pula.

Disebalik menjadi pasangan idola ramai orang, terdapat khabar angin yang mengatakan rumah tangga bekas pemain bola sepak dan juga bekas anggota kumpulan Spice Girl itu kini sedang retak kerana pasangan itu dikatakan sering bergaduh dan berbalah pendapat.

Malah, kemelut rumah tangga David dan Victoria menjadi semakin parah apabila terdapat laporan yang mengatakan mereka sudah tidak tinggal bersama lagi. Dimana David dikatakan telah berpindah ke Miami, Amerika Syarikat tanpa Victoria dan juga anak-anaknya.

Perpisahan itu dikatakan berlaku berpunca apabila Victoria dikatakan marah dengan sikap egois serta tidak mementingkan keluarga David dimana Victoria sebenarnya hanya ingin tinggal di London bersama suami dan juga anak-anaknya.

Namun alasan itu berbeza pula dengan David yang mengatakan dia kecewa dengan Victoria yang lebih sibuk menguruskan perniagaannya sehinggakan tidak mempunyai masa untuk keluarga. Dan, disebabkan itu juga, David sering menghabiskan masanya bersama kawan-kawan diluar.

Sementara itu, selepas dua tahun bercinta, majlsi perkahwinan David dan juga Victoria telah berlangsung di Luttrellstown Castle, Irlandia pada tahun 1999 dan hasil dari perkahwinan itu mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo Crus dan juga Harper. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *